Tentang saya

Nama saya Miera, jawatan saya buat sekarang adalah sebagai seorang MFAS dengan Public Mutual Bangsar Branch. Upline saya MFGAM Hamidah Ahmad dari Excell Group, salah satu top 10 group di Klang Branch.
Saya bermula menjadi seorang perunding amanah saham pada tahun 2002.

Pada mulanya, memang susah untuk saya dari industri muzik(Warner Music Malaysia) dan juga undustri hotel (Ritz Carlton) dan tidak tahu apa2 langsung tentang pelaburan atau pasaran kewangan. Tambahan lagi, saya seorang pemalu dan segan untuk bercakap dengan orang.

Tetapi selepas beberapa tahun, dalam kerjaya ini, saya cukup teruja kini untuk bergaul dengan pelabur2 saya dan seisapa yang ingin mengetahui secara mendalam tentang industri ini dan bagai mana untuk membina masa hadapan yang lebih cerah.

Tidak ada perkara yang lebih membahagiakan apabila terdapat pelabur saya yang mengait keuntungan lumayan selepas mengikut nasihat saya.

My achievements so far:-
2007 - NSC/AAN qualifier,
Million Ringgit Producer,
Trip to Ho Chih Minh City ;
2008 - NSC /AAN qualifier,
Million Ringgit Producer ,
Trip to KunMing, China
2009 - NSC /AAN qualifier;
Million Ringgit Producer,
Trip to Bali, Indonesia
2010- NSC/AAN qualifier;
Million Ringgit Producer,
Trip to Phuket, Thailand
2011- NSC/AAN qualifier;
Million Ringgit Producer,
Trip to Tokyo, Japan

Hubungi Saya

My Photo
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
I'm on facebook... feel free to add me.

Sunday, December 4, 2011

Kepentingan Perancangan Kewangan


  • Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.
  • Perancangan kewangan sangat perlu untuk mencapai impian dan matlamat kehidupan anda.
  • Selagi wang boleh memperoleh faedah, nilai wang masa kini lebih berharga berbanding jumlah wang pada masa hadapan.
  • Adalah penting untuk memulakan simpanan dari SEKARANG. Lebih awal anda menyimpan, lebih besar manfaat faedah kompaunnya.
  • Anda akan memperoleh lebih faedah jika pelaburan anda mendapat faedah kompaun bulanan berbanding tahunan.
  • Faedah kompaun bagaikan pedang bermata dua. Jika anda lewat membuat bayaran bagi pinjaman atau hutang kad kredit, akhirnya anda terpaksa membayar faedah yang berlebihan.

Kesilapan Dalam Mengurus Kewangan

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?

Monday, May 11, 2009

Uruskan kewangan anda....

Antara kesilapan sering dilakukan kebanyakan individu adalah terlalu banyak berhutang .

MELANGKAH ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan.

Ia juga tempoh bagi anda untuk memulakan aspek perancangan kewangan yang kelak akan memastikan anda dapat hidup dengan wang mencukupi ketika dewasa dan tidak terjebak dengan kancah hutang serta tidak menghadapi masalah perbelanjaan bulanan.

Inilah juga masanya untuk anda mencari akaun perbankan yang sesuai untuk mendapatkan faedah sepenuhnya daripada akaun perbankan yang dipilih itu.

Untuk mendapatkan manfaat daripada akaun berkenaan, anda perlu membandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk yang berbeza. Sebagai individu yang baru bekerja, anda tentunya ingin mengetahui apakah kaedah bayaran alternatif yang menyenangkan yang boleh digunakan untuk pembelian sebagai ganti kepada kaedah membayar secara tunai.

Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda bolen memohon kad bayaran termasuk kad kredit. Bandingkan kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad itu kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan.

Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri pula, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa-beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian itu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan.

Bagaimanapun, ada baiknya anda membuat perbandingan produk yang ditawarkan itu.

Lihat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.

Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans berkaitan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan.

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan.

Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai.

Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Menerusi pemerhatian itu, anda dapat mengetahui:

*Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang?
*Berapa banyak hutang anda setiap bulan?
*Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan?

Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja.

Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Pelan perbelanjaan itu juga dapat membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan dan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan itu serta mula merancang simpanan anda.

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

*Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.
*Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain.
*Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Thursday, April 30, 2009

Bagaimana "Compound Interest" boleh jadikan kita kaya...

Ramai orang sering bertanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah. Ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini iaitu cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita JUTAWAN! Ya, anda juga boleh menjadi JUTAWAN sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi JUTAWAN. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)


Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds). (Why not choose Public Mutual )

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi JUTAWAN! Tentu anda tertanya bagaimana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!). Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan. Perhatikan senario ini. Mikail menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Lisa pula lambat mengambil tindakan. Lisa mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Lisa menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Mikail.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…Simpanan pelaburan Mikail adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Lisa pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Lisa menyimpan dua kali ganda dari pada Mikail.Ini menunjukkan keputusan Mikail melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Lisa yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin ada diantara anda mengeluh - menunggu 15 atau 20 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan. Anggaplah compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti.

Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Sunday, April 26, 2009

Demi Masa...

Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surat ke-103 dari Al Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 3 ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.[sunting] Terjemahan ayatبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.وَالْعَصْرِ Demi masa. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. kadang kadang terfikir kenapa Surah ini menjadi isu utama di sebut sebut dalam AL QURAN. apa kah kepentingan MASA dalam arti kata kehidupan kita seharian.kita hanya tersedar apabila kita melihat apa di sekeliling kita berubah..suasana, tempat, orang yang rapat dengan kita.anak makin membesar, ibu bapa makin tua, ada yg dah pergi..dan kita akan tersedar apabila di celah rambut hitam terselit rambut putih pertama kita.. ya tuan puan masa itu baru kita tersedar..masa begitu pantas berjalan ...kalau sekarang kita lah muda...cantik..cute..hensem ..macho..kulit masih tegang ..segar..tetapi apabila kita tersedar bila uban sulong menjelma baru kita terperasan kulit muka mula berguris..pipi dah jatuh..segala gala nya menurun...kesihatan menurun..sakit sana sakit sini mula mengetuk di setiap sudut badan..kadang kadang kita tidak dapat menerima realiti yang MASA itu telah meninggalkan kita jauh nun di hujung kitaran paksi mengorbit mtahari bertahun tahun dah. kita menjaga jasad kita sedaya upaya ..pelbagai herba..pelbagai makanan tambahan..pelbagai cara rawatan menegang itu..mengetat ini..tetapi rohani kita tidak di bekal di biarkan sakit...terkurung dalam jasad ...tiada santapan rohani, tiada amalan rohani..tiada supplemen rohani dan tiada "POLISI" untuk menjamin rohani kita kemudian hari...cukup saya kagumi surah ini...bertahun tahun untuk memahami dalam hati sanubari...bila di singkap sedikit demi sedikit baru lah fahami masa itu tidak boleh di pegang melainkan mengikat dengan perkara perkara kebaikan..kerana ibadah merangkumi segala perbuatan yang baik baik..dan di nisbahkan pada NYA niat dan perbuatan.begitulah KAITAN MASA DENGAN KEHIDUPAN...MERANCANG DAN BERPERANCANGAN. matlamat perlu jitu...kerana masa tidak menentukan kita.."kita" yang menentukan" kita" ke arah mana hala tuju.MULAKAN SESUATU YANG TERBAIK HARI INI..RANCANG LAH KERANA MASA TAK AKAN MENUNGGU KITA.
salam semua
(written by Azahari bin Khuzaifah)

Bagaimana merancang kewangan kita...

Anda tahu pentingnya merancang Kewangan. Tapi tak tahu bagaimana nak bermula. Adakah Harta Penting milik anda antara yang berikut :

Isteri . Suami . Anak- anak
Ibu Bapa . Adik Beradik
Rumah . Kereta
Syarikat . Pekerjaan
Anda terlalu sibuk nak ambil tahu tentang merancang masa hadapan? Jika kita tidak merancang sekarang, bagaimana Masa Tua kita nanti ?

Hidup mesti ada tujuan dan pengakhirnya. Jadi, kenalah merancang kerana setiap apa yang berlaku mestilah ada penyebabnya.

Terimalah kenyataan kehidupan hari ini. Sebagai contoh :

Mati itu pasti. Tapi masih tak bersedia untuk buat Persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada. Selalunya kita beranggapan, bila berlaku nanti, pandai-pandailah mereka teruskan kehidupan.
Ingin bersara awal. Bersara maknanya tidak bekerja. Jika tak simpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari?
Anak-anak mestilah jadi pandai. Sebab itu hantar Tuisyen. Kalau pelajaran teruk, anda yang turut susah hati. Harapan ibubapa, selepas SPM Anak mesti masuk Universiti. Tapi masuk Universiti bukannya percuma. Jika tak merancang sekarang, di mana nak cari duit RM10,000 tu nanti?

Satu cara nak lipat gandakan wang yang ada sekarang adalah melalui pelaburan. Tapi tak tahu macamana nak melabur dan malas nak belajar. Akhirnya, simpan saja di Bank. Paling mudah, simpan dalam Amanah Saham (itupun kalau rajin pergi Bank, cari Parking, nak simpan Amanah Saham).

Kalau meninggal dunia, semua duit dalam akaun bank, hartabenda dan hartanah akan dibekukan. Pasangan kena turun naik Mahkamah untuk dapatkan Letter of Administration (LA) untuk Pengagihan Harta, proses paling cepat 5 tahun. Tak termasuk kos guaman dan kos-kos yang lain. Jalan mudah kenalah buat Wasiat tapi malangnya tak sempat nak buat!
Semua di atas hanyalah sebahagian sahaja. Banyak lagi yang kita biasa dengar dan ada ketikanya buat-buat tak dengar ?

Kebanyakan kita tahu kepentingan di atas, cuma tak tahu bagaimana nak bermula dan siapa nak tanya. Kami tahu bagaimana anda rasa kerana dulu pun, kami merasainya juga.

Cerita saya mungkin hampir sama dengan Anda ?

Penat betul pergi kerja 6 hari seminggu.
Masuk jam 8pagi, balik jam 6petang.
Kalau kerja tak habis dan
Urgent, kena kerja lebih masa hingga jam 8malam.

Hari berganti hari, tak sedar dah 10 tahun bekerja makan gaji. Kerja Keras jadi Belanja mesti keras juga. Setiap hujung bulan, duit dalam akaun bank habis juga. Bila nak simpan, bulan depan saja la!

Kalau macam ini, kena buat Simpanan secara Paksa. Manalah tahu jika berlaku musibah, bagaimana keluarga nak teruskan kehidupan.

Pasangan dah tentu ada komitmen untuk membayar Bahagian dia. Anak-anak pula siapa nak tanggung pelajaran mereka. Harapkan adik beradik, masing-masing ada komitmen mereka sendiri.



Saya mula buat Budget

Setiap Wang Ringgit yang saya keluarkan, saya tahu ke mana perginya ..

Senang saja. Gunakan Excel dan tulis perbelanjaan penting setiap bulan. Ini adalah kunci kira-kira (cashflow) saya. Bila pasangan tengok saya mula teliti dengan wang saya, dia pun nak buat juga. Jadi kami buat Cash Flow Keluarga kami.

Perkara Penting mestilah didulukan.

Siapa yang paling penting?

Hey, tentulah diri saya sendiri. Memandangkan saya menjana duit untuk keluarga, kalau berlaku musibah dan kemalangan ke atas diri saya, Pendapatan jadi RM0 tapi Perbelanjaan bulanan RM5,432.10 mesti diteruskan.
Begitu juga dengan pasangan saya. Jika berlaku musibah ke atas nya, saya kena cari tambahan Pendapatan sama seperti dia.



Saya pindahkan risiko ini melalui Insuran Diri. Faedah Polisi sebanyak RM100,000 dan Pasangan saya RM60,000. Untuk Wanita, tambahkan Faedah Kanser Wanita.



Anak-anak wajib jadi Pandai! Penat berleter suruh belajar tapi kalau SPM dapat keputusan bagus, mestilah telah sediakan RM10,000 untuk belajar di IPT.
Pamplet Universiti masa Ekspo Pelajaran membuka mata ?

RM 3,000 untuk Yuran Kemasukan
RM 7,000 Yuran setiap Penggal
RM 10,000 Sara Hidup (paling Minimum!)
Jika tidak bersedia, kena ambil pinjaman IPTPN. Bila saya kaji pinjaman IPTPN, rasa rugi betul jika tak tak buat Tabung Pendidikan Anak dari sekarang.



Saya ambil Pelan Pendidikan untuk setiap Anak kami. Dijamin dapat Faedah Perlindungan + Bonus sebanyak RM10,000 untuk anak.



Bermula dengan RM60 seorang sahaja! Bayaran bulanan untuk tempoh 12 tahun dan matang apabila umur anak 18 tahun. Berlaku musibah ke atas saya, dana Pendidikan anak-anak telah siapsedia kerana Bayaran masa hadapan dikecualikan sekalipun saya membayar 1 kali sahaja!



Harapkan faedah simpanan dalam akaun bank (0% - 1% Simpanan; 3% - 3.5% Fixed Deposit) memanglah lambat nak bercambah.
Cara bijak buat pelaburan. Saya keluarkan wang dari akaun bank dan simpan di Capital Growth Investment dengan pulangan 8%. Minimum simpanan RM3,000.



Wang EPF di akaun 1 saya laburkan di Unit Trust.

Dividen 4% - 5% EPF sangat rendah berbanding di Unit Trust 7% - 20%.

Wang dari perlaburan boleh saya gunakan untuk tambah dana Pendidikan anak-anak dan Sara Hidup bila saya tua.

Penat bekerja, bila saya tiada lagi 2/3 dari Jumlah Harta saya (mengikut Faraid) terpaksa di kongsi pasangan dan anak-anak dengan Bapa Saudara.
Ini kerana saya tiada anak lelaki, tiada ayah dan tiada adik beradik lelaki. Saya buat Wasiat dan Harta Pencarian supaya Pasangan mendapat haknya!

Anak-anak saya buat Tabung Amanah supaya mereka mendapat belanja bulanan dari Syarikat Trustee sehingga mereka berumur 18 tahun - ditakdirkan saya dan pasangan tiada lagi!

Untuk matlumat selanjutnya... hubungi lah Miera Nadhirah di talian 012 338 6033

Monday, March 9, 2009

PELBAGAIKAN PERANCANGAN KEWANGAN ANDA

“DON’T PUT ALL EGG IN ONE BASKET”
biasa kita mendengar ungkapan ini... apa kaitan pulak dengan hal merancang kewangan.
Telur kalau di letak dalam satu bakul …kalau terjatuh abis bersepai semua. Itulah risiko nya.

Dalam merancang kewangan jgn lah kita terlalu memfokas pada satu tempat sahaja…kenapa tak di pelbagaikan ..tujuan nya untuk meminima risiko dalam apa perkara yang berkaitan kewangan peribadi dan memanfaat kegunaan wang dalam jangka panjang

perancangan kewangan berkait rapat dengan keperluan kewangan hadapan dan risiko yang tak di duga

Risiko kesihatan ..jgn fikir kita sentiasa sihat dan muda. Penyakit seperti kanser, SLE, buah pinggang ibarat bom jangka bila bila boleh berlaku.

Risiko kemalangan..siapa boleh tau esuk lusa apa keadaan kita? Tengah berjalan kaki..di sodok dari belakang.

Kegawatan ekonomi ..tiba tiba sampai di pejabat . ofis di tutup. Nak kata apa.

Inflasi… kanser ekonomi.. naik dari tahun ke tahun. . katakan 3 4 5 % Kenaikan gaji tahunan dah lah tak seberapa. Tanggungan makin betambah, badan makin tua,prodaktiviti menurun. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Jawapan nya deficit..berat kes macam nih.

Kalau kita faham dan tahu keadaan dan kemampuan kita insyaallah apa risiko jika di tangani dgn betul tidak akan menjerumus kita kepada kepincangan kewangan peribadi.

tetapi ada juga d kalangan kita yang pernah terjerumus dengan skim cepat kaya, skim pyramid atau along sehingga huru hara kehidupan. kerana apa ya.. kerana tiada objektif, nak cepat pada hal banyak kaedah penyimpanan
kenapa tidak melabur dalam unit amanah dan pelbagaikan potfolio pelaburan di bank

a.Dana agresif : tinggi pulangan tinggi risiko tapi pulangan sekitar 15-20%

b.Dana pertumbuhan : jangka sederhana memberi pulangan 10 – 15 %

c.Dana seimbang : lebih stabil. Sekitar 10% ..alternatif kpd fix deposit

sesuaikan pelaburan tadi dengan objektif kehidupan..jika tidak ini yang akan berlaku,

Contoh.
Dalam merancang perkahwinan memerlukan jumlah wang yang banyak paling tidak rm10000 atau lebih. Bagi yang dah berkahwin tentu pernah melalui nya … nak kahwin duit belanja beribu ribu…tapi sebelum kahwin ramai tidak bersedia untuk nya…jalan keluar ramai yang meminjam di bank atau koperasi, kahwin tetap kahwin tapi selepas kahwin utang menunggu. 5 ke 10 tahun baru abis..itu pun tak termasuk PTPN,CREDIT CARD dan pinjaman peribadi. 3 atau 4 tahun kemudian nak beli umah pulak..duit muka, duit lawyer kurang kurang 10 – 15 % perlu di sediakan dah bertepek lagi utang yang lama tak abis yang baru bertambah. Akhir nya sampai ke pencen utang keliling pinggang.

bila kita merancang kewangan peribadi dan mempelbagaikan kaedah kita dah ada “ SENSE OF SECURITY “ jika berlaku kecemasan kita dah ada jaminan kewangan, tidak mengharap orang lain atau mengadai apa saja.

kita perlu BIJAK MENGURUS WANG ATAU BMW bermakna kita tergolong kepada mereka yang di kategorikan sebagai bebas kewangan , kehidupan terancang jaminan sentiasa ada.

Konsep “ JGN MELETAK TELUR DALAM SATU BAKUL” perlu juga meliputi perkara seperti :-

1.Perancangan perlindungan diri samaada takaful atau insuran.
kerana kita tak tau apa akan jadi pada kita esuk hari. jgn kita meninggalkan
waris dalam kesusahan dan jika cacat kekal…Tanya balik pd diri sendiri adakah majikan mahukan kita semula.

2.Perancangan dana pendidikan untuk anak.
Yang ini penting. Anak cemerlang 20 tahun lagi, tapi nak masuk university duit takda atau tak cukup. Mahukah kita bergolok bergadai di hari tua. ambil lah Takaful atau unit amanah sebagai cara menabung untuk mereka.

3.Perancangan dana kesihatan
Mencukupi ke jika berlaku kes kes kecemasan…ada yang berfikir…ahhh company dah sediakan…
Awas…adakah polisi syarikat atau kerajaan akan berkekalan dan memihak kepada kita? Dasar boleh berubah…jgn nanti bila hari tua berpenyakit kos pada masa itu melambung berganda ganda..ambil kad kesihatan atau mulakan dana unit amanah dan jadikan sebagai dana keluarga tak perlu di usik..bila timbul kecemasan dah tersedia.

4.Pelupusan hutang
Sediakan dana khusus untuk melupuskan hutang. hutang rumah 30 tahun boleh di langsaikan dalam masa 20 atau 15 tahun . kenapa tidak…hutang PTPN dan lain lain hutang peribadi yang ada pada awal usia pun boleh di lunaskan lebih awal.

5.Perancangan persaraan
Yang ini penting..kita tak mahu bila hari tua kita tergolong sebagai “ broken old man”. Terpaksa bekerja semula bila dah tua. Jgn di harap pada anak anak kemudian hari, perlu kita mulakan menabung sejak hari pertama kita bekerja. Menabung di awal usia kan lebih baik tetapi ada juga individu berfikiran “ kais pagi makan pagi ..kais petang makan petang” macam ayam kampong. Ha ha ha…apa mereka kata "ahhhh EPF ada pencen ada".. Tanya balik diri sendiri...cukup ker untuk usia hayat dari 55 ke 65 tahun

Rm400000 hari ini sama ke nilai nya pada 2020 2030 2040….kalau sama tak perlu baca artikal ini.

PV =FV kira lah sendiri.

tetapi ada yang berfikir mudah…tak perlu merancang dan tak perlu kepelbagaian meyimpan " saya simpan di bank jer..saya di tabung haji jer….ehhh saya tak percaya takaful penting"…"kawan saya kata susah nanti kena tipu"…Tanya balik kawan yang bagi nasihat adakah dia nak tanggung anak isterii kita jika kita meninggal dunia.

Ada pulak yang beli sampai 3 ke 4 biji rumah…boleh.. bukan tak boleh tapi bila ekonomi gawat…umah takder saper nak sewa..hutang perlu di bayar …at last tak mampu, kena lelong.

Dalam merancang kewangan peribadi rujuk kepada mereka yang arif samaada individu atau syarikat. jangan tanya pada mereka yang tak bertauliah. Tanya sesame kawan yang dah tentu dia dan kita sesame tak tau..nanti jadi seperti..cerita PAK PANDIR.

Mulakan perancangan kewangan anda hari ini. Rancang kejayaan jgn rancang kegagalan

Ke arah Masa Depan yang Gemilang..

Ke arah Masa Depan yang Gemilang..
"Jangan Tunggu Untuk Melabur demi masa Hadapan anda, tapi, Melabur dan Tunggu..."

Finance Tip of the Day

Followers